SELFISH

Pagi yang indah 4/6/2022, sangat terasa semangat kerana dalam sebulan lagi kami akan terbang ke bumi Aceh. Aq merasa sedikit tertekan kerana kami telah setuju untuk buat alih pembayaran. Tapi bila masa sampai untuk bayar. Akhirnya, duit aq jugak yang guna. 

Aq rasa tertekan kerana aq dapat suami yang tak ada rasa tanggungjawab sedikit pun. Dalam kepala dia hanya "SELFISH". Dia penting kan simpanan dia. Dia letak Semua tanggungjawab atas bahu aq. Sedangkan aq isteri. Aq tak tahu nak curhat Dan bercerita dengan siapa. Pagi ni, aq terlepas cakap pada suami aq. "Dah macam aq Pulak yang ketua keluarga, Semua benda aq yang bayar". Aq tak rasa aq salah cakap macam tu. Mungkin dia tak sedar. Duit ke kampung untuk mak dia, aq yang selalu support. 

Dia tak sedar ada perempuan yang syg kan dia sebenarnya sayang. Tak lama lepas aq terlepas cakap. Abg rosak kan Semua barang dalam rumah. Habis Semua pecah. Abg banjir kan satu rumah. Habis lantai basah. Aq Cuba pertahankan Dari air melimpah masuk bilik tidur, sebab kami tak ada katil, hanya ada tilam untuk tidur. Dia tampar aq di kepala berkali2. Selepas, dia keluar pakai kasut Dan ingin pergi kerja, dia masuk semula ke rumah. Dan tendang kaki aq berkali2 guna kasut boot Timberland yang dia pakai. Aq dapat lebam di kaki Dan senak di perut. Kepala aq terasa sakit kerana di pukul dengan tangan kepal.

Dia beri masa untuk aq bersih kan Semua. Termasuk dapur dengan rempah masakan serta minyak masak habis jatuh semuanya. 🥲🥲 Aq hanya mampu sedih dalam hati dengan wajah yang bungkam. 

Waktu tengahhari abg datang semula dengan kereta kedai, bawak duit 5000 di tangan dan pulangkan duit simpanan aq yang ada pada bank dia. Dan Baki 610 di transfer semula ke bank aq. 

Sampai waktu malam, kami tidak bercakap satu kata pun. Sehingga suami balik pada waktu malam, aq tertido di ruang tamu. Dan bila aq ingin masuk dalam bilik untuk tidur. Suami tak izinkan aq tidur dengan dia. Dan satu malam aq tidur di luar. Sehingga aq tersedar jam 4 pagi. Aq masuk perlahan-lahan dan tidur dalam bilik bersama suami. Tapi aq tidur di lantai sahaja. Suami tidur di atas tilam.

Aq menangis sepanjang malam sehingga pagi. Hanya Tuhan Yang Tahu Bagaimana Perasan Aq. Keluarga aq Dicaci. Ibu ku dikatanya seorang pelacur kerana ada anak seperti aq. Aq hanya mampu menangis. Aq hanya mampu bersabar. Kerana aq tahu. Allah Ada Bersama Orang Yang Sabar.



Popular posts from this blog

TAK MAMPU TAPI TERPAKSA

HARUS BANGKIT DAN KUAT

HARAPAN SUCI