TIDAK AKAN PERNAH AKU LUPAKAN

Salah faham, selalu berlaku antara kita.  Tidak kira masalahnya kecil ataupun besar. Setiap percakapan yang aku ucapkan, tidak pernah dengan niat kasar ataupun menyuruh. Tapi sering dianggap aku lakukannya dengan sikap yang tidak baik-sikap tidak sopan, suka menyuruh-nyuruh, serta sikap tidak berperikemanusiaan. 

Makanan, itu adalah rezeki Dari Tuhan. Dengan mudah di campak begitu saja kerana rasa tidak puas hati dengan kata2 aku yang tidak sedikit pun ada rasa tidak sabar atau sifat kurang ajar. Niat aku baik, aku tau, dia pasti nak makan kat situ. sebab tu aku kata, nanti bawa makanan aku ke dalam kereta jadi nanti dia tak perlu menunggu aku makan lagi. Sama2 boleh makan. Dia makan di meja makan. Aku boleh makan dalam kereta. 

Kata2 yang tak dapat aku LUPAKAN semasa dia sedang marah. Dia langsung menampar muka aku dengan keras sehingga rasa sakitnya terasa sampai sekarang. Sambil dia berkata, "aku malu bawak kau jalan, apa lagi keluar makan dengan kau!! Dah lah gemuk! Buruk!! Tua lagi!!! Aku bukan kuli batak kau, yang kau boleh suruh2!!" Teringin sekali, aku menjawab, tapi hanya Mampu menjawab kata2 kesat dia di dalam hati, "kenapa selalu kau berprasangka buruk pada aku. Pada kau, aku selalu buruk. Cuba kau ingat, bila kau suruh beli apa2 aku tak pernah cakap itu dan ini. Tak sedikit pun aku keluarkan kata2 kesat pada kau. Bila kau teringin nak makan apa2 tak ada satu pun kedai yang bukak. aku usahakan sampai dapat. Aku selalu utamakan kau, tapi kenapa aku selalu di layan seperti binatang yang tak ada perasaan. 

Setiap hari, ada saja Salah ku di mata mu aku tak pernah sempurna. 

Sekarang kau ajak aku keluar makan di warung mana pun, aku tak akan ikut makan bersama kau lagi. Aku lebih rela duduk di rumah atau dalam kereta. Walaupun satu hari nanti, aku cantik Dan kembali berbadan kurus, aku tak kan pergi lagi dengan kau. Aku paling benci orang yang memilih kecantikan luaran lebih

Popular posts from this blog

TAK MAMPU TAPI TERPAKSA

HARUS BANGKIT DAN KUAT

HARAPAN SUCI